I. Wajah Seorang Pejuang

Posted: Februari 4, 2010 by gantungtas in Uncategory

Para pekerja tidak bertanah di Brazil membawa dua imej apabila mereka menduduki tanah
kosong. Yang satu adalah pemimpin masyarakat desa di Canudos, yang berjuang menentang
kerajaan pada tahun 1890-an. Yang kedua adalah Che Guevara. Di Carakas, di Buenos Aires,
di Bolivia dan di El Salvador, pemuda-pemudi yang bertempur dengan polis semasa
pemberontakan menentang kapital global menyelimuti muka mereka dengan kain yang
membawa imej Che. Di Eropah, penunjuk rasa memakai kemeja-T dengan muka Guevara
tercetak pada dada mereka.
Ernesto ‘Che’ Guevara meninggal dunia pada usia muda. Doktor dari Argentina ini, yang
meninggalkan tanahair dan kerjayanya untuk menyertai Revolusi Kuba, dibunuh di sebuah
kampung pergunungan di Bolivia sewaktu dia tercedera. Tarikh bulan itu adalah Oktober
1967, dan Ernesto Guevara belum berusia 40 tahun.
Di Kuba, di mana Che merupakan seorang pemimpin revolusi tahun 1959 yang berwibawa
dan berkuasa, wajahnya yang disinari oleh lampu neon menghiasi beberapa tingkat
bangunan di Dataran Revolusi, di Havana. Dan pada poster dan papan tanda, imej Che
berdiam diri di sisi laungan untuk menyokong kerajaan Kuba. Sambil anda menjelajahi
bandar-bandar Kuba, ia adalah wajah Che yang memenuhi tempat-tempat awam, dan
bukannya wajah lelaki yang telah menguasai kehidupan politik Kuba sejak revolusi tersebut
– Fidel Castro.
Kini lahirnya sebuah generasi baru yang mengenali dengan serta-merta mata dan janggut
nipis Guevara, yang memakai kemeja-T tersebut dan membeli pelbagai barangan pengguna
yang membawa imej terkenal itu. Namun, dalam kebanyakan kes, mereka tidak memahami
dengan baik dan tidak mempunyai memori mengenai Revolusi Kuba. Sebenarnya, butir-butir
mengenai kehidupan Guevara tidak dikenali ramai. Namun, ia seolah-olah wujudnya
sesuatu perjanjian sulit bahawa wajahnya mempunyai kuasa simbolik dan makna yang
difahami dan dikenali oleh semua orang.
Kumpulan-kumpulan muzik yang mengunjungi pelancong di Havana menggemari satu lagu
– lagu Carlos Puebla bagi Che yang bertajuk ‘Hasta Siempre’ (‘Sehingga Akhir’):
Aquí se queda la clara, la entrañable transparencia,
De tu querida presencia, comadante Che Guevara
(Anda meninggalkan wajah jelas, memikat hati
Kehadiran suci, komadante Che Guevara)
Lagu

Komentar
  1. Asruri Syam mengatakan:

    mendaki melintas bukit…
    Sebuah perjuangan memikul beban…
    Dulu dan sekarang tetap jadi pecinta alam….
    dari hobi menjadi profesi….
    sebuah perjalanan kehidupan…..

    saat ini…mengembangkan wisata rafting
    silahkan kunjungi
    http://obech-rafting.blogspot.com
    http://www.obechrafting.com

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s